Aku dilahirkan sebagai seorang perempuan
Aku di didik oelh orang tuaku untuk menjadi seorang muslimah
Kini, aku sendiri dalam mendidik diriku sendiri
Banyak yang telah terjadi terhadap diriku dalam meniti usia

Pengalaman mematangkan aku
Mengajar aku erti persahabatan, kasih sayang dan juga percintaan
Menyedarkan aku tentang hakikat kehidupan yang sebenar
Mengajar aku erti hati dan perasaan

Percintaan antara manusia hanyalah mainan perasaan
Cinta kepada tuhan adalah segalanya
Aku seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan
Telahku taburkan cinta dan kasih sayangku kepada seseorang yang bernama kekasih
Seorang kekasih yang menaburkan janjinya

Tapi kini
Hatiku hampa
Kerana cinta sesama manusia hanyalah sementara
Dia berpaling dan memberikan hatinya kepada kerabatku sendiri
Aku redha
Kerana aku tahu
Ada yang lebih menyayangiku dan tidak akan pernah meninggalkanku

Dialah tuhanku
Terima kasih Ya Allah
Mungkin Engkau telah menyediakan aku seseorang yang terbaik untuk diriku
Aku redha dengan ketentuanMu
Berikan aku ketabahan dan kesabaran dalam menempuh hidup dan terus beribadah kepadaMu
Peliharalah daku dalam menempuh hidupku dalam menjadi muslimah solehah

Amin..